Selasa, 30 Jun 2015

Kek sarang semut guna blender Dan periuk noxxa

Assalam semua timaseh sudi jengah blog saya yg seadanya ni....Arini pestime Sy wat kek ni n berjaya so Sy ikhlas nk kongsi nya jika Ada yg memerlukan Resepi asal dr Facebook kredit pd tuannya tp saya olah sedikit ikut idea Dan citarasa saya sila ambil jika sudi😘

Bahan2
A:-
3 cawan gula pasir
3cawan air
2sudu besar majerin
Secubit garam
(Masukkan gula dlm kuali kacau hingga cair bila color dh tuko perang masukkan air sedikit2 sampai habis,masukkan majerin Dan garam bila Dah hampir pekat tutup api sejuk kan seketika...)

Bahan B:-
10 Biji telur
3 cawan tepung gandum
1 tin susu pekat
1 sudu besar soda bikarbonate

#Cara2 Nyer :-
Masukkan 10 Biji telur Dlm blender Dan blender guna yg minimum sehingga telur jadi putih Dan naik@kembang setelah itu masukkan tepung Dan soda bikarbonate yg telah diayak ke dalam blender Dan blender lg Utk sebatikan masukkan susu pekat serta bahan A Dan blender lagi sekejap jer Utk bg semua bhn bercampur
Setelah itu tapiskan semua bahan yg dh di blender td kedalam inner yg telah dilengserkan ngan sedikit majerin
Tutup inner Dan Biarkan selama 2 jam atau lebih.... Sementara tunggu kek ni diperap sempat saya hantar ank ke Taska kemas rumah Dan bersihkan alatan yg saya kecahkan tadi😜
Lps Dah 2 jam bole lah di masukkan inner Dlm PC noxxa steam kan selama
25minit...siapppp
Selamat mencuba Dan Selamat berbuka salam ramadhan ke 14😍

Bahan A

Masukkan 10 Biji telor cenggini
Blender semer sampai jd cenggini
Pastu tapiskan kedalam inner pot
Tutup inner ni dan Biorkan terperap lbh kurang 2jam



Buka puasa 30-06-2015 xda nasi

Sebab Arini me masak Bubur lambuk char kuey tiaw basah n kuih kaswi jer... Suma wat sendiri dan dibantu cikpuan noxxa tersayang😍



Resepi mudah air katira air penyejuk badan

Bahannya2
Air batu 50sen
Air 1Liter
Gula 1 cawan
Susu cair 1 tin
*kurma cina lau suka $1
*Kembang semangkuk $1
*Katira $1
*longan kering $3
*Biji selasih 50sen
Badam $3 blender ngan 1 cawan air
Cincau $1 di cincang2
$1 barli direbus kembang ( x letak xdak stok aritu)
Bahan2 * direndam kembang selama 2 jam
Daun pandan (lau Ada)
Kalo suka bole letak pewarna bapak dia mak dia ijo Atau bio putih natural jer

Cara2nya
Tapis semua bahan bertanda *
Masuk Dlm periuk letak gula Dan air 1Liter Jerang atas dapur
Masukkan daun pandan didihkan selama 10minit tutup api kemudian masukkan badam blender Dan susu cair kacau Dan sebatikan biar sejuk seketika.... Hidangkan bersama ais Utk lbh umphhh suka manis😅 tambah gula o susu pekat manis if kurengggg manis... Sy takut manis2 sngt potong kaki choyyyyy
Bukan saja penyejuk badan bole mengenyangkan juga


Isnin, 29 Jun 2015

Makan brownies kiter😘 29/06/2015

Untuk iftar tadi Me wat air katira serta masak yong taufu dengan sambal udang berpetai tetap jugak en husband nk mkn Tom yam udang telur dadar ngan daging goreng kunyit ... Me nengok sambil minum air 3 layer& mkn brownies😘 coz dh mkn kuat2 tadi... Rumah xlawo x per yg penting mkn cukoppp bole gitu😁






Ahad, 28 Jun 2015

Sahur&iftar hari ini sume Nyer beli huhuhu Ramadhan ke 12

28-11-15 bila r nk wat kuih
Bila r nk buat langsir bila lah nk beli Baju adoyaiiii Mak anak 5 dah kanchiong ni satu benda pun Lum sttle😅







Jumaat, 26 Jun 2015

Cara membuat tempoyak mudah

Wat tempoyak senang aja.... Asingkan isi durian Dari biji 
Gaulkan isi durian dengan garam...letak dlm tapis pelastik tutup permukaan dengan plastik toskan air dr durian tu Selama 3-5 hari... Bole masukkan dlm botol Kemudian simpankan dlm peti Sejuk...bila nak makan keluarkan Dan bole dicampur dengan 
Sambal belacan sambal tok2 sambal ketuk sambal tumis Atau apa segala sambal yg disukai Selamat mencuba😘
⭐️pic durian yg di tapis Dan dlm botol ikhsan dr pokcik Google... Credit of tuannyer


Khamis, 25 Jun 2015

Bubur kacang hijau berdurian noxxa

Wow musim durian lah katakan ni 25/06/2015 bapak murah sebakul RM20 jer kt pandan smart👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
Ok Jom nengok resepi durian bubur kacang hijau guns PC noxxa
⭐️Bahan2 Dan cara2
Rendam setengah mangkuk biji sagu ketepikan
15 ulas durian ketepikan
Masuk kan Semangkuk kacang hijau
Yg dh dibasuh bersama 2 helai daun pandan
1 inci halia diketuk
Semangkuk setengah air
Kedalam inner noxxa Dan HP Selama 15 minit bila dah mode 00 tukar pada stir fry 
Kemudian masuk kan sekotak yg kecil santan Kara (optional) ke dalam inner Dan stir fry
Masukkan 1/2 mangkuk gula pasir
1/2 mangkuk gula merah Dan secubit garam kacau sebati (kalo suka manis bole tambah lg gulanya)
Kemudian tapis sagu yg direndam tadi masuk dlm periuk kacau sebati bila putih sagu sudah x Nampak Bole lah masukkan durian kacau dalam 5 minit bole off suis Dan nikmati bubu kacang berdurian anda





Jumaat, 19 Jun 2015

Gen2 Q sayang😘😘😘

My sweet car tpt I berselfie berSS



Kek minyak noxxa sukat cawan

* 2 cup tepung gandum-ayak
* 1 sudu kecil baking powder-ayak
* 5 biji telur
* 1 cup susu pekat
* 1 cup minyak masak
* 1/2 cup gula
* 1 sudu kecil ovellate
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 pewarna ~ Hijau & Kuning

Cara2
Mixkan telur,susu pekat,gula,omelette,Essen vanilla, sehingga sebati kemudian masukkan minyak
Campurkan semuanya kedalam tepung Dan baking powder the telah diayak tadi Gaul sekata bahagikan pads 2 warna masukkan dalam acuan kemudian steam (air) 30 minit



Isnin, 15 Jun 2015

Laksa penang mudah Guna noxxa

  • BAHAN2
  • sebungkus @2 bungkus laksa selepas kuah siap bolehlah di celur  dan toskan
  • 2kg ikan selayang dibersihkan Dan buang kepala...
  • 3 liter air
  • 2 pcs belacan sebesar ibu jari
  • 1/2 kiub ikan bilis maggi
  • Ketuk Seinci lengkuas,ketuk 3 btg serai Dan ketuk 5 ulas bwg putih utk di HP bersama ikan
  • *20 tangkai lada kering seinci halia,Dan 7 biji bawang kecil dikisar
  • 4 keping asam keping 
  • 3 sudu asam jawa diperah dgn sedikit air
  • 2 kuntum bunga kantan dibelah dua
  • seikat daun kesum
  • garam Dan gula secukup rasa
  • ulam: timun, bawang besar, cili merah, telur rebus,limau kasturi,salad dihiris,bunga kantan dihiris Dan sedikit petis... Terpulang citarasa

Cara-cara

  1. HP ikan dengan air,serai,lengkuas Dan bawang putih sekama 70minit
  2. Off sebentar( tutup suisnya )
  3. Biarkan air rebusan Keluarkan ikan Dan masuk kedalam pengisar  boleh lah dibuang tulang yg tertinggal,serai Serta lengkuas tadi dr inner
  4. Setelah ikan dikisar x perlu tapis Campurkan ke dalam inner yg berisi air rebusan tadi on suis semula
  5. Tekan stir fry kemudian masukkan *bahan2 kisar,asam keping dan asam jawa
  6. masukkan bunga kantan, daun kesum, reneh sehingga pekat..perasakan dengan garam Dan gula 
  7. setelah kuah pekat Off kan , hidangkan bersama laksa yg telah celur dan ulam2an



Kereta keluarga tersayang

Setima ko buruks tp ko x berutang weolz lebiu😘😘😘