Rabu, 30 Disember 2015

Doa ringkas harian saya

Bismillah....
#Untuk diamalkan Dan peringatan sendiri
YA ALLAH
Aku Sedekahkan surah2 yg dibaca pada arwah abahku Abas Bin Othman,arwah bapa mertuaku Ahmad@midon Bin Abdul Rahman kepada junjungan ku Nabi Muhammad SAW Serta seluruh umat islam yg telah meninggal dunia
Alfatihah
Kemudian baca Semua surah yg Kita tau
Akhir sekali Ayat Qursi dan berdoa pada ALLAH SWT 
Lepas iTu doakan Mak Kita pulak (boleh jer hadiahkan Alfatihah utk yg masih hidup)
YA ALLAH
Aku sedekahkan surah Alfatihah pada Mak Aku Rohana Binti Kadir Dan Mak Mertua Aku Hajah Hajijah Binti Abdul Manan 
Alfatihah
Diikuti dengan bacaan sebagaimana dalam gambar yg sy sertakan.... Semoga bila diamalkan mendapat keberkatan 
 Dan rezeki terbuka luas Aamiin3 YRA



Ayat pembuka rezeki Jom sama2 amalkan

Bismillah .... Morning kengkawan jom sama2 Aamiin kan doa ni💋
Ya ALLAH ya tuhan kami sesungguh nya
Kami berlindung pd mu dr segala kesusahan dan kedukaan
Dr lemah kemahuan dan sifat malas dari sifat kedekut dan bakhil
dari banyak hutang dan kezaliman manusia 
"waman yattaqillaha yaj'al lahu makhrajan(2) Wayarzuqhu min haitsu laa yahtasibu waman yatawakkal 'alallahi fahuwa hasbuhu innallaha baalighu amrihi qad ja'alallahu likulli syai-in qadran(3)"
Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." 
Aamiin3 YRA

Sabtu, 5 Disember 2015

Solat Tahajjud

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tahajjud

solat-sunat-tahajjud-lafaz-niat

Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

 

Bacaan Solat Sunat Tahajjud

solat-tahajjud-al-kafirun

Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun

solat-tahajjud-al-ikhlas

Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Ikhlas

Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:

solat-tahajjud-bacaan-doa

Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Solat Hajat Ringkas

Bilangan Rakaat : 2 rakaat
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :
a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
3. Pada Rakaat Kedua
a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir
4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :
a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dll

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Solat hajat boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat.

Lafaz niat solat Hajat:

Lafaz_Niat_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolatMaksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan

Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_1Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_2

Doa Solat Sunat Hajat

Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.

Doa_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolat_1Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:

Doa_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolat_2Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Jumaat, 4 Disember 2015

Solat istikharah Ringkas

a.  Lafaz niatnya:

Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).

Atau;

Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).

Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

 

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

 

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

 

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”  

 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.