Sabtu, 5 Disember 2015

Solat Hajat Ringkas

Bilangan Rakaat : 2 rakaat
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :
a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
3. Pada Rakaat Kedua
a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir
4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :
a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dll

Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat

Solat hajat boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat.

Lafaz niat solat Hajat:

Lafaz_Niat_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolatMaksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan

Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_1Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Surah_Solat_Sunat_Tahajjud_MyWaktuSolat_2

Doa Solat Sunat Hajat

Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.

Doa_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolat_1Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:

Doa_Solat_Sunat_Hajat_MyWaktuSolat_2Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan