Isnin, 24 Oktober 2016

Jagung rebus susu berkrim

Bahan2:-
3 tongkol Jagung di potong 3
3 kotak kecil susu Dutch lady
1/2 - gula 
1/2 - Cwn butter @ Majerin
Garam secukup rasa
Sedikit Tepung Jagung untuk buat kan kuahnyer pekat berkrim

Cara2:-
Masukkan semua bahan dlm periuk reneh kan hingga susu mendidih Dan jagung lembut
utk pekat kuahnya bancuh tepung jagung  dlm 2 sudu dengan sedikit air tuang dlm periuk kacau hingga pekat...
Sedia untuk di hidang
Kalau Tinggal kat jb & Malas nak buat call akk jer sepeket baru RM4






Rabu, 19 Oktober 2016

Resepi sizzling yee mee

Mula2 sekali
A-Masak dlm Periuk lain
Dada Ayam sekeping dihiris panjang
Rebus dalam 1 setengah liter air

B-Halia 3 inci di hiris
Bawang putih 5 ulas dicincang
Bawang besar sebiji dadukan
Lada kering 7 tangkai potong 2 
Nak pedas tambah lagi 5 batang chili api
#Tumiskan semua bahan B sehingga wangi dlm kuali dengan 3 sudu minyak
Setelah naik bau Perlahankan api masukkan udang,sotong,carrot Gaul sebati... Perasakan dengan sos tiram,kicap pekat,kicap biasa Dan sos 
( Yana x sukat just agak2 secukup rasa jer)

Setelah masak Tutup api Kemudian masukkan semua bahan yg di Tumis tadi dalam periuk yg kita rebus kan dada Ayam ... Didihkan ,masukkan secukup nya garam Dan Pak aji Yana x letak Tuko maggi cukup rasa
Masukkan 5 sudu Lada sulah
Masukkan 5 sudu tepung jagung yg telah  dicairkan kacau sebabti 

Di kuali lain bole lah letak kan 2 sudu minyak utk bg mee x melekat...
Susun mee,Sawi,cendawan Kemudian bole Buka api Dan tuangkan perlahan perlahan Kuah tadi ke dalam kuali berserta bahan2 dalam nyer..pecahkan telur dan .reneh sebentar sehingga mee lembut